Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong

14

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, berkenan menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara, tengah hari ini.

Turut mengiringi Anwar, isterinya yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Turut berada di Istana Negara, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terdahulu, Anwar dibenarkan keluar dari wad Hospital Rehabilitasi Cheras, tempat beliau menjalani proses pemulihan selepas pembedahan.

Anwar dijadual mengadakan sidang media di rumahnya di Segambut jam 4 petang ini.

Terdahulu, Anwar diberi pembebasan serta-merta, berkuat kuasa dari tarikh persidangan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Source: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/426396/anwar-menghadap-yang-di-pertuan-agong

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here