Mangsa terjatuh ke dalam air di jeti Sabah Flour & Mills, Labuan belum ditemui

41

FOTO: ANGGOTA bomba dan penyelamat mencari dan menyelamat mangsa berhampiran dengan jeti Sabah Flour and Mills.

13 Mac 2018

LABUAN – Seorang lelaki berumur 37 tahun dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam air berhampiran dengan jeti Sabah Flour and Mills Sdn Bhd di kawasan perindustrian Rancha Rancha sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Jainal@Zainal Madasin berkata, pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan mengenai perkara tersebut pada jam 9.19 pagi.

“Identiti mangsa dikenal pasti sebagai Latif Ibrahim Goh iaitu pekerja di Syarikat Sabah Flour dan Mills Sdn Bhd. Rakaman CCTV di jeti menunjukkan mangsa telah jatuh ke dalam air pada jam 7.30 pagi,” katanya.

Beliau berkata lanjut, pada jam 11.30 pagi, ikhtiar menyelamat di atas air (surface water rescue and searching) telah dijalankan.

Ahli keluarga iaitu abang mangsa turut berada di lokasi kejadian ketika kerja mencari dan menyelamat dijalankan.

Turut membantu dalam operasi tersebut ialah polis, polis marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM).

Setakat ini, mangsa belum lagi ditemui.

Source: http://www.labuantimes.com/index.php/2018/03/13/mangsa-terjatuh-ke-dalam-air-di-jeti-sabah-flour-mills-labuan-belum-ditemui/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here