Polis Labuan Tumpaskan Geng Pecah Rumah; Lima Suspek Ditahan

9

LABUAN: Polis Labuan menumpaskan satu geng pecah rumah selepas menangkap lima individu termasuk seorang wanita pada penghujung bulan lepas.

SUPT MUHAMAD FARID

Menurut Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad, mereka yang merupakan penjenayah berulang berusia 30 hingga 37 tahun terbabit diberkas secara berasingan dalam operasi bermula 28 hingga 30 Jun lalu di sekitar pusat Bandar.

Kesemua suspek ditahan oleh pasukan khas daripada Jabatan Siasatan Jenayah Labuan.

“Dengan penahanan ini kami berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya lapan kes pecah rumah sekitar bandar ini, kawasan perumahan Jumidar Buyong dan Taman Perumahan Bedaun,” katanya hari ini (Sabtu).

Menurutnya kesemua suspek yang memiliki rekod lampau melibatkan pelbagai kes termasuk dadah itu memecah masuk premis yang disasarkan pada awal pagi sebelum melarikan pelbagai barangan berharga.

Katanya polis juga turut merampas pelbagai barangan termasuk komputer riba dan jam tangan mewah daripada suspek dipercayai hasil kegiatan jenayah mereka.

Source: https://www.borneotoday.net/polis-labuan-tumpaskan-geng-pecah-rumah-lima-suspek-ditahan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here